CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 8, 2011

.panduan singkatan umum sms DBP? =.=".

hyiep!

semalam isu bahasa sms dibangkitkan menjadi isu hangat apabila dibincangkan di muka hadapan akhbar. tidak selesai di situ, isu ini sekali lagi menjadi topik muka hadapan pada hari ini. jika semalam guru sekolah, hari ini pensyarah-pensyarah pula menyuarakan rasa hati mereka mengenai hal ini. ayah saya juga tidak ketinggalan memberitahu saya betapa tidak puas hatinya beliau apabila pelajar-pelajarnya yang rata-rata merupakan pelajar tahun akhir turut menggunakan bahasa sms dalam tugasan yang diberi. baik lah, saya mengaku pengguaan bahasa sms dalam tugasan rasmi atau formal adalah salah.

perkara yang ingin saya bangkitkan di sini ialah mengenai panduan rasmi singktan umum SMS yang dikeluarkan DBP. sebahagian singkatan seperti DEB (Dasar Ekonomi Baru), Berhad (Bhd), hjh (hajah), hosp (hospital) Mej (Mejar), Prof (Profesor), dan TPM (Timbalan Perdana Menteri) bagi saya amat relevan dan sering diguna pakai umum. walau bagaimanapun, singkatan perkataan seperti dulu (dl), halang (hlg), misalnya (mis), bodoh (bdh), bangun (bgn), bila (bl), dan thn (tahan) adalah sangat tidak sesuai diiktiraf atau dijadikan garis panduan untuk berSMS.

dl? kami menganggapnya sebagai dean list. baiklah, tidak banyak perkataan yang logik untuk sesuaikan dengan dl ini selain dulu. oleh itu, masih boleh dikira releven. bagaimana dengan singkatan lain seperti hlg? helang, hilang. mis? Ya Allah, pasti saya tak akan terfikir mis boleh menjadi misalnya. terus-terang, kelihatan sangat buruk. contoh ayat : sy suka menyanyi pelbagai lagu mis grenade, wawasan setia pelajar uitm dan lagu negeri johor. hahaa// buruk.

begitu juga dgn bdh yg boleh menjadi bedah dan Bedah(nama orang). sangat tidak sesuai untuk menghantar sms yang berbunyi : kau tahu, dia sgt bdh?. dia sgt Bedah. hahaa// lawak antarabangsa.

saya amat berharap pihak tertentu dapat menyemak semula senarai perkataan singkatan yang telah menjadi garis panduan mereka itu. bagi saya garis panduan untuk berSMS adalah tidak perlu. memadai singkatan untuk perkataan yang terlalu panjang dan kata nama khas bagi kegunaan formal sahaja. senarai untuk SMS itu mampu membuat orang ketawa. ngeee.



*cuba mengasah kembali penggunaan bahasa melayu yang formal. ;p



2 kitrik ;p:

Anonymous said...

kenapa mesti nak ada panduan? apa kata dia ajk semua orang eja penuh-penuh macam ni. lagipun setiap orang ada cara eja masing-masing. okay lah, sms nak singkat kan. that's acceptable but takyah lah sampai nak buat guideline kot. macam bahasa melayu tu tak cukup bagus nak ubah2 lagi. lepas dia buat macam tu, mesti berlambak student eja singkat dengan alasan DBP bagi. okay, apa nak jadi dengan Malaysia sekarang? hish, bengang!

.atiqaturn. said...

yg pelik, apa beza panduan dia dgn singkatan yg kte guna sekarang kan?
sama aja. so, better kalau tak payah garis panduan. so that, org tak keliru. yg dbp punya singkatan boleh, kte punya singkatan tak boleh. itu tak akan membantu pulihkan bahasa kita.