CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, July 20, 2011

.WW - 3.


*source : tumblr piqa-chan*

Wednesday, July 13, 2011

.WW - 2.

Wednesday, July 6, 2011

.WW - 1.

at last, i do wanna join the wordless wednesday. it's okie, ketinggalan siket. ;)

Wednesday, June 8, 2011

.panduan singkatan umum sms DBP? =.=".

hyiep!

semalam isu bahasa sms dibangkitkan menjadi isu hangat apabila dibincangkan di muka hadapan akhbar. tidak selesai di situ, isu ini sekali lagi menjadi topik muka hadapan pada hari ini. jika semalam guru sekolah, hari ini pensyarah-pensyarah pula menyuarakan rasa hati mereka mengenai hal ini. ayah saya juga tidak ketinggalan memberitahu saya betapa tidak puas hatinya beliau apabila pelajar-pelajarnya yang rata-rata merupakan pelajar tahun akhir turut menggunakan bahasa sms dalam tugasan yang diberi. baik lah, saya mengaku pengguaan bahasa sms dalam tugasan rasmi atau formal adalah salah.

perkara yang ingin saya bangkitkan di sini ialah mengenai panduan rasmi singktan umum SMS yang dikeluarkan DBP. sebahagian singkatan seperti DEB (Dasar Ekonomi Baru), Berhad (Bhd), hjh (hajah), hosp (hospital) Mej (Mejar), Prof (Profesor), dan TPM (Timbalan Perdana Menteri) bagi saya amat relevan dan sering diguna pakai umum. walau bagaimanapun, singkatan perkataan seperti dulu (dl), halang (hlg), misalnya (mis), bodoh (bdh), bangun (bgn), bila (bl), dan thn (tahan) adalah sangat tidak sesuai diiktiraf atau dijadikan garis panduan untuk berSMS.

dl? kami menganggapnya sebagai dean list. baiklah, tidak banyak perkataan yang logik untuk sesuaikan dengan dl ini selain dulu. oleh itu, masih boleh dikira releven. bagaimana dengan singkatan lain seperti hlg? helang, hilang. mis? Ya Allah, pasti saya tak akan terfikir mis boleh menjadi misalnya. terus-terang, kelihatan sangat buruk. contoh ayat : sy suka menyanyi pelbagai lagu mis grenade, wawasan setia pelajar uitm dan lagu negeri johor. hahaa// buruk.

begitu juga dgn bdh yg boleh menjadi bedah dan Bedah(nama orang). sangat tidak sesuai untuk menghantar sms yang berbunyi : kau tahu, dia sgt bdh?. dia sgt Bedah. hahaa// lawak antarabangsa.

saya amat berharap pihak tertentu dapat menyemak semula senarai perkataan singkatan yang telah menjadi garis panduan mereka itu. bagi saya garis panduan untuk berSMS adalah tidak perlu. memadai singkatan untuk perkataan yang terlalu panjang dan kata nama khas bagi kegunaan formal sahaja. senarai untuk SMS itu mampu membuat orang ketawa. ngeee.



*cuba mengasah kembali penggunaan bahasa melayu yang formal. ;p



Friday, March 25, 2011

.saya pun pernah SPM.

hyiep!

saya SPM tahun 2008.
result keluar 2009.
masuk tahun 2010 baru rasa menyesal dengan result spm saya.
bila dah 2011 saya menyesal sbb sepatutnya saya tak perlu menyesal.
faham tak? ke korang dah menyesal baca? hehee//

2007/2008
macam ni. dulu saya teruja dapat masuk asrama. rasa macam dah secure lah duduk kat sekolah hebat. tak pernah tahu revision tu sebenanya macam mana. saya style yang masuk kelas dengar cikgu mengajar (tapi masa form 4, 2nd sem banyak kali tidur dalam kelas sbb petang2 latihan bola baling, malam2 merayap bilik member makan maggi dengan serunding, jadi pagi2 tidur kat kelas. lepas kena tegur dengan papa rasa malu sangat terus tak tidur dalam kelas sampai sekarang. thanks papa azmin! =.=" ) lepas habis kelas, dah tak tenguk balik dah. kalau ade homework try siapkan masa prep. try okie, try je tapi tak semestinya siap. atau lebih tepat memang biasanya homework tak pernah siap. nanges. T.T

jadi saya bergantung 100% dengan apa yang cikgu ajar dalam kelas je, usaha sendiri tak ada langsung. kecuali malam sebelum exam saya study lah sikit-sikit. padahal orang lain dah start revise untuk exam sebulan lagi awal. walaupun pemalas, saya tak pernah lupa azam saya nak dapat 3.50 setiap kali exam. walaupun tahap malas saya ni, kalau dapat 3.00 pun dah seribu rahmat. sobsss.

2009
hasilnya, result spm yang saya dapat adalah hasil tidak berusaha saya sepanjang form 4 dan form 5. kadang2 saya pernah terfikir yang result spm saya tu tipu sbb masa spm, paper physics serius saya tak tahu jawab sbb setiap kali study physics saya cuma hafal setiap definition saje. formula tak pernah tahu macam mana nak guna. sadis.

bila result spm teruk, saya sedih, tapi tak menangis sbb cuba positif kan diri. saya berbisik dalam hati, "kalau aku terpaling teruk, orang yang result lagi kurang nak cakap apa? terterterterpaling teruk kah? jadi aku kena cakap result aku okie lah". T.T pandai saya menipu diri sendiri masa tu. padahal dah memang sahih yang result saya teruk. disebabkan diri saya telah tertipu dengan ayat menyedapkan hati yang dibina saya sendiri, maka saya pun tak jadi nak sedih sangat. saya sedih sikit je. sbb lepas tu dah lupa.

tapi sebelum sambung belajar, saya muhasabah diri. baru saya sedar, saya tak usaha dulu sbb saya ingat belajar ni senang je. sebab sebelum saya masuk form 4, saya selalu dapat keputusan yang saya nak walaupun saya hanya belajar ala kadar. saya ingat dengar dalam kelas dah cukup, saya masuk sekolah hebat dah cukup, saya try buat homework dah cukup. bila fikir-fikir balik, baru saya sedar bahawa sekolah tu memang hebat, tapi bukan saya. saya kena buat homework, ulangkaji balik lepas waktu kelas.

2010
saya cuba berubah. lepas tu baru lah saya tahu apa belajar tu sebenanrya. belajar tu mesti kena ada usaha. sbb tu lah saya menyesal. saya cakap " kalau lah dulu aku belajar at least sikit je, mesti spm boleh gempak ". asyik ulang2 cakap saya menyesal.

2011
tapi sekarang saya dah sedar yang saya tak patut menyesal dengan result spm tu. sbb kalau result spm saya gempak, mesti sampai sekarang saya tak berusaha. mungkin jugak sampai sekarang saya rasa bangga dan riak. atau pun, mungkin sampai bila2 saya pergi menuntut ilmu dangan harapan dapat result yang gempak aje.

sekurang-kurangnya sekarang saya sedar, belajar tak semestinya perlu dinilai dengan result exam semata-mata. belajar tu boleh kat mana-mana dan semuanya terpulang pada kita. result spm saya yang membuatkan saya belajar apa makna belajar yang sebenar, belajar tak sesenang macam yang saya ingat dulu, belajar mesti ada usaha, belajar bukan untuk exam semata-mata. it means more than that.

terima kasih result spm yang kecewa, saya bangga dengan awak sekarang sbb mampu membuka mata saya!

ada hikmah yang lagi besar hari ini. saya bersyukur, alhamdulillah.
memang betul, Allah S.W.T. tahu ape yg terbaik utk kita semua.




“Try not to become a man of success, but rather try to become a man of value.”
Albert Einstein

“The ultimate of being successful is the luxury of giving yourself the time to do what you want to do.”
Leontyne Price